Rabu, 24 Mac 2010

Pra Bestari 2010











Sesi persekolahan bagi tahun 2010 bermula pada 3 Januari 2010. Kelas Pra Bestari telah menerima kehadiran ahli keluarganya yang baru seramai 18 orang yang terdiri daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun.

Kelas Pra Bestari sekali lagi berubah wajah bagi menerima kehadiran ahli keluarganya yang baru. Pn. Norazizan selaku guru kelas ini serta dibantu oleh PPM, Pn. Aliza telah mula mengemaskinikan kelas sejak bulan awal bulan Disember 2009 lagi bagi menarik minat kanak-kanak serta memberi persekitaran yang selesa kepada mereka.

Bukan sahaja di bahagian pintu masuk utama ke kelas Pra Bestari ini di beri sentuhan..tetapi sehingga ke dalam bilik air, ruang dapur, sudut bacaan, fail-fail peribadi serta fail-fail dokumentasi juga diberi sentuhan terkini memandangkan sesi persekolahan baru bermula.

Jumaat, 5 Mac 2010

LUAHAN RASA..HATI SEORANG IBU..


Hari berlalu silih berganti..kini usiaku beranjak sehari lagi. Terima kasih Allah, syukur alhamdulillah kerana meminjamkan usia ku agar dapat ku lihat dan ku dampingi anak-anakku.


ALLAH!!!! anak-anakku sudah meningkat dewasa rupanya. Kadang kala aku terlalu alpa hal-hal duniawi sehingga aku hampir lupa melihat anak-anak telah membesar (bahkan lebih tinggi dari diriku).


Terima kasih Allah..terima kasih suamiku..kerana turut sama membantuku dalam membesarkan anak-anak kita.


Harapan dan doa seorang ibu hanyalah memohon kebaikkan di dunia dan di akhirat buat anak-anaknya serta keharmoniaan keluarga berkekalan hingga ke akhir hayat..semoga anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah..


Amin....Amin..YaRabbalalamin...

Selasa, 2 Mac 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KP PAYA 2010

Antara atlit yang telah menyumbangkan beberapa pingat kemenangan untuk SKB. TAHNIAH!!!!
Ustaz Ammar selaku jurulatih pembarisan mengetuai pasukan perbarisan SKB pada majlis perasmian Kejohanan Olahraga KP Paya 2010.


Kepulan asap berwarna biru dan kuning dilepaskan sebaik sahaja majlis perasmian dilaksanakan oleh wakil dari JPN Perlis.

Adik Amir Daniel bersedia untuk berlepas bagi acara 4X100 meter .



Pada 24 dan 25hb Februari 2010, Seramai 30 orang atlit dari Sekolah Kebangsaan Beseri di bawah pimpinan ketua Kontijen, Puan Norazizan bt Mohd Yusof serta dibantu oleh 3 orang jurulatih iaitu Encik Suhizan bin Ismail, Puan Mimi Irma dan Puan Manisah telah menyertai kejohanan tersebut yang dijalankan bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri, Beseri Perlis.

Kontijen SK. Beseri telah berjaya mengondol 2 pinggat emas dalam acara lontar peluru perempuan yang dimenangi oleh adik Aini Natiefa dan adik Nur Hana Fardila bagi acara lari 60meter tahun 2.

Turut menyumbangkan pinggat juga ialah adik Abdul Muiz (80 meter lari berpagar), Akmal Ariff ( 100 meter, 200m, 4X100m, 4X200m) adik Amir Daniel ( lompat jauh, 4X100m dan 4X200m), adik
















BUMI HIJAU PRA BESTARI 2009



















































INFO PRABESTARI


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan prasekolah bertujuan memeperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :
1- Membina kecergasan badan.
2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.
3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6- Mempunyai kematangan emosi.
7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
12- Mengamalkan nilai-nilai murni.
13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.
15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.
18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


REKABENTUK KURIKULUM

Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)



MESYUARAT PERMUAFAKATAN WARIS PRASEKOLAH





AJK PERMUAFAKATAN WARIS PRASEKOLAH 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN BESERI, PERLIS
KALI PERTAMA

Pengerusi : Ustaz Zol Bahri bin Razali
Naib Pengerusi : Puan Tg. Mahsuri bt Tg, Mansor
Setiausaha 1 : Puan Najihah bt Mohamed Zaid
Setiausaha 2 : Puan Norazizan bt Mohd Yusof
AJK Ibu Bapa dan Guru:
1. Ustz. Sobihah
2. Pn. Aliza bt Abu Seman
3. Pn. Sharmila bt Mahdar
4. Pn. Shahnaz bt Shamsudin
5. Pn. Azizah bt Noh @ Ibrahim
5. Pn. Yusniza bt Yusof
6. Pn. Norizah bt Musa
7. Pn. Rohaya bt Ahmad

Isnin, 1 Mac 2010

ANAK-ANAK PRA BESTARI 2010

WAN NUREEN NAZIFA

SITI SYAZA JAIZZAH

SITI ZULAIKHA



QISTINA SARIHAH


NUREEN NAJWA

NUR QHAIRENA

NUR FADLIZA RUZANA

NUR ARISHA ILYANA


NUR AMIRAH YASMIN


NUR ALISSA HEZRINA



ALIA

MUHAMMAD AMIER EMRAN


MUHAMMAD SHAH DANIAL

MUHAMMAD ALIFF

CHE AMIR HAKIM

ABDULLAH AZHARI
















PENDAFTARAN PRA BESTARI 2010





Pada 1 Januari 2010 telah diadakan majlis perdaftaran pelajar baru prasekolah, di kelas Pra Bestari di bawah pengelolaan Cikgu Norazizan dan Cikgu Najihah serta dibantu oleh PPM, Puan Aliza dan Puan Sharmila.
Seramai 35 orang murid telah mendaftarkan diri di kedua-dua kelas prasekolah, Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis.
Seramai 18 orang murid telah ditempatkan di kelas Pra Bestari di bawah kelolaan Cikgu Norazizan bt Mohd Yusof dan dibantu oleh Puan Aliza bt Abu Seman sebagai PPM. Manakala 17 orang lagi ditempatkan di kelas Pra Amanah di bawah jagaan Cikgu Najihah bt Mohamed Zaid dan dibantu oleh Puan Sharmila bt Mahdar.



HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2010

Hari pertama ke prasekolah, sampai tertidur menangis.
"Murid-murid ... beri perhatian kat cikgu ni"...begitulah kata cikgu Jihah.

Hai! khusyuk para pelajar prasekolah melihat tayangan LCD di kelas Pra Bestari.


Ahad, 28 Februari 2010

Dalam Proses

Blog ini masih dalam proses untuk membangunkannya.. Harap Maaf.