Rabu, 24 Mac 2010

Pra Bestari 2010











Sesi persekolahan bagi tahun 2010 bermula pada 3 Januari 2010. Kelas Pra Bestari telah menerima kehadiran ahli keluarganya yang baru seramai 18 orang yang terdiri daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 hingga 6 tahun.

Kelas Pra Bestari sekali lagi berubah wajah bagi menerima kehadiran ahli keluarganya yang baru. Pn. Norazizan selaku guru kelas ini serta dibantu oleh PPM, Pn. Aliza telah mula mengemaskinikan kelas sejak bulan awal bulan Disember 2009 lagi bagi menarik minat kanak-kanak serta memberi persekitaran yang selesa kepada mereka.

Bukan sahaja di bahagian pintu masuk utama ke kelas Pra Bestari ini di beri sentuhan..tetapi sehingga ke dalam bilik air, ruang dapur, sudut bacaan, fail-fail peribadi serta fail-fail dokumentasi juga diberi sentuhan terkini memandangkan sesi persekolahan baru bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan